Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan suku ketiga

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar perlahan suku ketiga – DOSM

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan pada suku ketiga 2023, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 110.1 mata pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jabatan itu berkata, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh dengan kadar perlahan pada beberapa bulan ke hadapan berdasarkan IP yang menyusut 1.2 peratus kepada 110.1 mata pada Mac 2023 daripada 111.4 mata pada Mac 2022.

Jelasnya, prestasi IP terjejas disebabkan oleh penurunan yang ketara dalam Import Benar Semi Konduktor dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia.

“Perubahan bulanan IP juga mencatatkan penurunan sebanyak 1.1 peratus pada Mac 2023 berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya yang disebabkan oleh Jangkaan Nilai Jualan, Pembuatan (-0.6%) dan Import Benar Logam Asas Berharga
& Logam Bukan Ferus Lain (-0.5%).

“Melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Mac 2023, IP mencatatkan 99.3 mata berbanding 99.2 mata pada Februari 2023 (Paparan II). Meskipun masih berada di bawah trend 100.0 mata, ekonomi dijangka berkembang secara sederhana dalam tempoh terdekat. Jangkaan itu mengambil kira cabaran global dan ketidaktentuan domestik,” katanya dalam kenyataan.

DOSM berkata, Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa, meningkat 3.4 peratus kepada 121.9 mata pada Mac 2023 (Mac 2022: 117.9 mata).

Peningkatan katanya, disumbangkan oleh semua komponen kecuali Kapasiti Penggunaan, Pembuatan.

“Pada masa yang sama, perubahan bulanan IS juga mencatatkan peningkatan 0.2 peratus, disokong terutamanya oleh Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.3 peratus),” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN