Sarung tangan: Kenangan Research kekal penarafan  ‘underweight’

Sarung tangan: Kenanga Research kekal penarafan  ‘underweight’

SAHAM pengeluar syarikat sarung tangan menjadi pilihan pelabur susulan peningkatan kes Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan penarafan ‘underweight’ untuk sektor sarung tangan dan menjangkakan sektor itu akan terus menghadapi landskap perniagaan yang mencabar dan berdaya saing pada masa hadapan.

Firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya berkata, ia disebabkan oleh kos yang tinggi, harga jualan purata rendah dan kapasiti besar yang membawa kepada pengurangan kadar penggunaan industri.

Menurut Kenanga Research, situasi berkenaan berbeza daripada pandangan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) bahawa industri itu akan berubah pada 2023.

Katanya, ramalan permintaan-bekalan menunjukkan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk pertumbuhan permintaan yang konsisten bagi mengisi sepenuhnya kapasiti lebihan semasa dalam industri.

“Kami percaya ‘pivot’ berkemungkinan besar berlaku pada 2024 dan kami tidak mempunyai sebarang pilihan utama bagi sektor berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Research mengunjurkan permintaan sarung tangan meningkat 15 peratus bagi tahun 2023 sama seperti ramalan MARGMA.

Namun begitu katanya, ia tidak akan membantu mengurangkan keadaan lebihan kapasiti memandangkan kapasiti pengeluaran sarung tangan global akan berkembang 16 peratus lagi kepada 595 bilion keping tahun ini.

“Ia kerana lebih banyak kapasiti yang dirancang oleh pemain penyandang dan pemain baharu semasa tahun-tahun pandemik – terpikat oleh ‘super-fat margin’ yang telah menguap – akhirnya datang dalam talian.

“Ini akan menyebabkan lebihan kapasiti meningkat 22 peratus kepada 137 bilion keping, daripada 112 bilion keping pada 2022.

“Lebih kapasiti yang diperluaskan bermakna harga rendah dan penggunaan kilang yang tertekan mungkin akan berterusan pada 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×