Periksa kecacatan rumah baharu selepas dapat kunci

Periksa kecacatan rumah baharu selepas dapat kunci

KENAIKAN OPR bantutkan hasrat pembeli untuk memiliki rumah idaman. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATI siapa tidak teruja dan gembira apabila menerima berita baik rumah dibeli sudah siap dan bakal menerima kunci kediaman idaman tidak lama lagi, malah ada yang terus membeli-belah keperluan menghias rumah.

Namun, sebelum anda pergi membeli-belah perabot dan hiasan rumah baharu, ada perkara yang perlu anda lakukan selepas menerima kunci rumah. Periksa kediaman anda di bawah Tempoh Liabiliti Kecacatan atau lebih dikenali sebagai Defect Liability Period (DLP).

Bagi pembeli rumah yang masih dalam pembinaan, setelah rumah siap dibina, anda akan melalui tempoh dipanggil DLP – tempoh jaminan daripada pemaju terhadap sebarang kecacatan pada hartanah.

Pendek kata, DLP ibarat jaminan (warranty). Jaminan bagi sesuatu barang yang anda beli di mana anda boleh menuntut warranty untuk pembaikan jika berlaku kerosakan dalam tempoh tertentu secara percuma.

Tempoh DLP yang diberikan adalah selama 24 bulan atau dua tahun bermula dari waktu milikan kosong dan kunci hartanah tersebut diserahkan kepada anda oleh pemaju.

Jadi, sepanjang tempoh dua tahun ini anda wajib memeriksa keseluruhan rumah baharu anda jika terdapat kecacatan atau kerosakan terutamanya salur paip, elektrik dan struktur dinding.

Bagaimanapun tidak semua kecacatan kediaman baharu anda boleh dituntut daripada pemaju. Kebiasaannya pemaju mempunyai borang piawaian sendiri serta senarai semak jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut.

Jadi, dalam keluaran RINGGIT kali ini kami akan kongsikan peralatan yang diperlukan serta bahagian rumah yang perlu anda periksa sekiranya anda mengambil keputusan untuk melakukannya sendiri.

Tetapi jika anda mempunyai wang lebih dan masa yang agak terhad  anda boleh mengupah individu atau syarikat yang menjalankan pemeriksaan DLP.

Peralatan yang diperlukan untuk memeriksa kecacatan rumah baharu menurut PropertyGuru adalah:

  1. Pen Penanda (marker pen) – Ia bagi memudahkan anda menulis kerosakan seperti ukuran dan saiz. Ingat guna pen penanda tidak mudah luntur.
  2. Pita pelekat (masking tape) – Perlu bagi membuat tanda bahagian rumah yang rosak atau cacat. Sebaik-baiknya gunakanlah pita pelekat berwarna coklat gelap atau biru supaya pemaju mudah melihat kerosakan yang ditanda.
  3. Tangga -Untuk pemeriksaan bahagian yang lebih tinggi. Contoh: wayar lampu, kipas, saluran paip, dinding atas dan siling jika ada.
  4. Pita pengukur (measuring tape) – Bagi mengukur jarak kerosakan ruangan tertentu seperti keretakan dinding atau kebocoran paip. Jangan lupa mencatat ukuran kerosakan sebagai bukti.
  5. Perjanjian jual beli dengan pelan lantai -Jangan lupa untuk membawa perjanjian jual beli dan pelan lantai terutamanya bagi memudahkan anda menjalankan pemeriksaan kecacatan kediaman baharu anda. Daripada pelan lantai, anda boleh mengetahui keluasan sebenar setiap ruang rumah anda.
  6. Batang pengetuk -Untuk mengetuk lantai atau jubin rumah baharu anda bagi mengetahui sama ada lantai kediaman anda sebenarnya kosong atau separuh penuh. Tapi ingat, jangan ketuk terlalu kuat takut jubin rumah anda pecah pula.
  7. Kamera dan lampu suluh -Untuk mengambil gambar-gambar kerosakan dengan jelas dan menyeluruh sebagai bukti untuk diajukan kepada pemaju.
  8. Alat elektronik – Bagi menguji aliran elektrik setiap plug yang ada di dalam kediaman baharu anda. Jika ada plug yang tidak berfungsi anda boleh tandakan dan tulis dalam laporan atau borang yang diberikan pemaju. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN