PETALING JAYA: Harga emas lebih tinggi semalam, selepas dolar susut disebabkan pelabur mengambil sikap berhati-hati, menunggu data ekonomi Amerika Syarikat (AS) selanjutnya yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mengukur langkah dasar Rizab Persekutuan (Fed) seterusnya. Menurut Reuters, emas spot menokok 0.3 peratus kepada AS$1,994.90 seauns, sementara niaga hadapan emas AS turut meningkat 0.3 peratus kepada AS$2,000. Kejatuhan indeks dolar menjadikan emas lebih menarik untuk pedagang yang memegang mata wang lain.…










