JUNJUNGAN besar Nabi Muhammad SAW diriwayatkan menerima ayat suci al-Quran buat pertama kalinya dari malaikat Jibril, ketika baginda berumur 40 tahun di gua Hira’, Makkah di dalam bulan Ramadan. Dengan terturunnya ayat suci pertama ini, bermulalah Nubuwwah Baginda Rasulullah dan amanah untuk menyampai, menyebar dan menegakkan syariat Islam di muka bumi ini. Baginda menghadapi banyak ujian dan halangan dalam usaha ini. Berkat pengorbanan Baginda beserta dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat,…










