PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengalu-alukan pelantikan Datuk Ir. Alice Jawan Empaling sebagai Anggota Suruhanjaya baharu untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac lalu hingga 27 Mac 2026. Alice membawa bersama pengetahuan serta pengalaman yang luas dalam sektor awam dengan peranan beliau antara lainnya, sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak dan perkhidmatan beliau di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata,…










