KUALA TERENGGANU: TDM Berhad, syarikat milik penuh kerajaan negeri yang memfokuskan perniagaan segmen perladangan dan kesihatan, merekodkan pendapatan sebanyak RM614.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 lalu. Jumlah itu adalah tertinggi yang pernah direkodkan oleh syarikat tersebut sejak 1995. TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 20 peratus daripada RM511.6 juta yang diperoleh pada 2021. “Bahagian perladangan menyumbang pendapatan sebanyak RM335.4 juta iaitu peningkatan 17…










