PETALING JAYA: Syarikat Saudi, Namaa Al-Munawara yang berpangkalan di Madinah dan syarikat Malaysia The Prayer Mat Sdn. Bhd. (TPM) telah menandatangani Memorandum Penerokaan Perniagaan (MOBE) untuk melihat peluang kerjasama perniagaan. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, di bawah MOBE, kedua-dua pihak akan meneroka kerjasama mempromosikan barangan di bawah jenama Almunawara, sambil menawarkan akses kepada keupayaan Malaysia dalam sektor perkhidmatan gaya hidup. MOBE juga membolehkan TPM memperkenalkan jenama ikonik Malaysia…










