Parlimen Shah Alam miliki fasiliti kedai dobi tertinggi - DOSM

Shah Alam miliki kemudahan kedai dobi paling banyak

Orang ramai memenuhi kedai dobi layan diri di Marang, Terengganu sewaktu musim tengkujuh. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parlimen Shah Alam (P.108) memiliki fasiliti kedai dobi tertinggi sebanyak 78 buah, dalam kalangan 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ia diikuti Parlimen Bangi (P.102) dengan 76 kedai dobi dan Subang (P.104) sebanyak 73 kedai dobi.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bagi kemudahan kedai runcit, tiga kawasan Parlimen yang merekodkan bilangan kedai runcit tertinggi ialah Lahad Datu (P.188) (847), diikuti Tumpat (P.019) (676) dan Puncak Borneo (P.198) (644 buah).

“Tiga Parlimen yang mempunyai bilangan farmasi tertinggi adalah di Parlimen Subang (P.104) sebanyak 245 buah, diikuti P.115 Damansara (239) dan P.120 Bukit Bintang (238),” katanya dalam kenyataan Statistik Subnasional
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2023.

Berikut Statistik Subnasional Parlimen dan DUN 2023 yang disenaraikan oleh DOSM:

Jumlah penduduk tertinggi 2022:
1. P.102 Bangi – 691,900 orang
2. P.111 Kota Raja – 526,400 orang
3. P.104 Subang – 481,100 orang.

Jumlah penduduk terendah 2022:
1. P.210 Kanowit – 24,900 orang
2. P.203 Lubok Antu – 27,000 orang
3. P.207 Igan – 27,600 orang

Parlimen paling padat:
1. P.116 Wangsa Maju – 13,224 per kilometer persegi.
2. P.100 Pandan – 11,442 per kilometer persegi.
3. P.050 Jelutong – 11,361 per kilometer persegi.

Parlimen kepadatan penduduk paling rendah:
1. P.216 Rajang – seorang penduduk per kilometer persegi
2. P.220 Baram – tiga penduduk per kilometer persegi
3. P.214 Selangau – enam penduduk per kilometer persegi.

Parlimen merekodkan bilangan pertubuhan/ syarikat perniagaan tertinggi pada 2023:
1. P.120 Bukit Bintang – 32,462
2. P.104 Parlimen Subang – 30,675
3. P.105 Petaling Jaya – 30,271

Peratusan bumiputera tertinggi:
1. P.034 Setiu – 99.6 peratus penduduk bumiputera
2. P.038 Hulu Terengganu – 99.5 peratus
3. P.030 Jeli – 99.4 peratus.

Kumpulan etnik Cina tertinggi:
1. P.144 Kepong – 72.5 peratus
2. P.049 Tanjong – 70.6 peratus
3. P.048 Bukit Bendera – 69.6 peratus.

Kumpulan etnik India tertinggi:
1. P.065 Ipoh Barat – 25.9 peratus
2. P.075 Bagan Datuk – 23.6 peratus
3. P.111 Kota Raja – 22.3 peratus.

Peratusan penduduk umur bekerja (15-64 tahun)
1. P.115 Batu – 79.2 peratus
2. P.046 Batu Kawan – 78.8 peratus
3. P.049 Tanjong – 77.6 peratus

Peratusan penduduk umur tua (65 tahun dan ke atas) tertinggi:
1. P.092 Sabak Bernam – 22.4 peratus
2. P.093 Sungai Besar – 19.7 peratus
3. P.095 Tanjong Karang – 18.3 peratus

Peratusan penduduk umur muda (0-14 tahun) tertinggi:
1. P.125 Putrajaya – 37.2 peratus
2. P.032 Gua Musang – 35.8 peratus
3. P.019 Tumpat – 33.5 peratus

Bilangan sekolah tertinggi:
1. P.220 Baram – 86 (78 rendah, 8 menengah)
2. P.034 Setiu – 84 (63 rendah, 21 menengah)
3. P.167 Kudat – 84 (71 rendah, 13 menengah)

Bilangan Klinik Kesihatan tertinggi:
1. P.220 Baram – 22
2. P.216 Hulu Rajang – 14
3. P.032 Gua Musag – 13

Stesen minyak tertinggi:
1. P.106 Damansara – 73
2. P.108 Shah Alam – 68
3. P.161 Pulai – 68

Bilangan pasar awam tertinggi:
1. P.123 Cheras – 18
2. P.102 Bangi – 14
3. P.106 Damansara – 14

Bilangan mesin juruwang automatik (ATM) tertinggi:
1. P.161 Pulai – 113
2. P.159 Pasir Gudang – 108
3. P.104 Subang – 107

Pusat kitar semula tertinggi:
1. P.111 Kota Raja – 59
2. P.104 Subang – 44
3. P.102 Bangi – 38.

“Bilangan mesin juruwang automatik (ATM) dan pusat kitar semula diperoleh daripada data sekunder yang diekstrak menggunakan teknologi data raya,” jelas Mohd. Uzir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN