NESCAFÉ Classic Kopi Kedah berwajah baharu!

NESCAFÉ Classic Kopi Kedah berwajah baharu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia kembali dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 berwajah baharu!

Pertama kali diperkenalkan pada 2020, edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung syarikat berkenaan.

NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100 peratus biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, jelasnya.

“Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranois berkata, sejak 2019, syarikat telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan terbaharu di Kelantan.

“Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan.

“Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.

“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini dengan para pengguna,” kata beliau.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi Nestle, Raef Labaki pula berkata, dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, syarikat telah melihat kemajuan yang menggalakkan.

“Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia.

“Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati,” jelas syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya