MDEC sasar 80,000 nomad digital datang ke Malaysia

MDEC sasar 80,000 nomad digital datang ke Malaysia

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menyampaikan Sijil Had DE Rantau kepada wakil Perbadanan Wakaf Nasional Berhad pada Majlis Pelancaran DE Rantau Melaka di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan kehadiran kira-kira 80,000 nomad digital yang akan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menerusi program DE Rantau menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz berkata, dijangka nilai ekonomi sebanyak RM4.8 bilion dapat dijana dalam bentuk perbelanjaan kepada ekonomi domestik menjelang tempoh itu.

Menurutnya, DE Rantau merupakan program bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN, sekali gus meningkatkan penggunaan digital dan mempromosi mobiliti profesional dan pelancongan di seluruh negara.

Beliau berkata, nomad digital juga turut dibenarkan bekerja selama setahun melalui Pas Lawatan Iktisas (PLK) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk masa singkat di negara ini.

“Program DE Rantau telah disambut baik oleh nomad digital dari dalam dan luar negara, pengusaha tempat penginapan pelancong serta platform digital.

“Sehingga kini terdapat 807 hab DE Rantau dan telah berdaftar dengan MDEC dan sebanyak 42 daripada jumlah tersebut adalah dari Melaka. Sehubungan itu, MDEC menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 2,000 hab DE Rantau untuk nomad digital bagi tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran DE Rantau Melaka di sebuah hotel di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.