PRN Johor: PH belum bincang calon 'Poster Boy'

PRN Johor: PH belum bincang calon ‘Poster Boy’

FAHMI Fadzil (dua kiri) menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan atau menamakan mana-mana calon untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar atau ‘Poster Boy’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ia sekali gus menafikan khabar angin mengatakan bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik akan dilantik ke jawatan tersebut sekiranya PH berjaya menerajui Johor.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzi berkata, ketika ini proses saringan calon sedang dilakukan oleh parti-parti dalam gabungan itu.

“Kita (PH) akan umum calon bila parti telah memutuskan. Proses saringan itu telah berjalan,” katanya kepada pemberita Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Negeri Kelantan sini hari ini.

Terdahulu tular dakwaan mengatakan Maszlee Malik akan bertanding pada PRN Johor dan seterusnya menjadi calon ‘Poster Boy’ sekiranya PH mentadbir negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memberitahu, PH sama sekali tidak akan mengambil mudah kehadiran parti-parti baharu seperti Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan)

Katanya, parti gabungan dalam PH seperti PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP perlu bekerja lebih kuat untuk mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN