PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melalui anak syarikatnya, Crossborder Aim (M) Sdn. Bhd. (CAMSB) dan Crossborder Hall (M) Sdn. Bhd. (CHMSB) telah memeterai Perjanjian Jualan Saham (SSA) dengan PT Nusautama Medicalindo (PTNM) untuk pelupusan operasi hospital Rumah Sakit Medika BSD (RSMBSD) di Indonesia. Cadangan Pelupusan tersebut melibatkan penjualan 75 peratus kepentingan Kumpulan dalam syarikat pengurusan hospitalnya iaitu PT KPJ Medica (KPJM), serta penjualan CAMSB dan 100 peratus pegangan…










