TOKYO/SINGAPURA: Minyak mentah terus didagangkan rendah, susulan kebankrapan Silicon Valley Bank (SVB), dengan Brent dan WTI kekal di bawah paras AS$80 setong, terendah sejak Januari. Menurut laporan oilprice.com, WTI pernah jatuh di bawah paras AS$71 setong. Penanda aras tersebut telah mengalami kejatuhan lebih AS$5 dolar setong sejak Jumaat lalu apabila krisis bank di Amerika Syarikat (AS) itu tercetus. Bagaimanapun, Reuters melaporkan, harga minyak melantun semula lebih 1 peratus semalam, pulih…










