Banjir: Bank-bank tawar bantuan, moratorium

Banjir: Bank-bank tawar bantuan, moratorium

PEMANDANGAN situasi banjir di bandar Kota Tinggi dari tingkat 3 Plaza Kota Tinggi yang masih digenangi air susulan limpahan air Sungai Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi kewangan dalam negara mengambil langkah proaktif dengan menawarkan bantuan kecemasan termasuk moratorium kepada pelanggan-pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir.

Antara bank yang tampil menawarkan bantuan ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Al-Rahji, CIMB, OCBC Bank dan Hong Leong Bank.

AmBank dalam kenyataan menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan dan kakita­ngannya yang terlibat di seluruh negara.

Bank itu turut menyediakan bantuan bersasar kepada pelanggan yang layak dengan bantuan bayaran balik sehingga enam bulan untuk semua kemudahan pinjaman dan pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, AmBank komited untuk menyediakan bantuan banjir kepada semua pelanggan yang terjejas melalui Program Bantuan Banjir.

“Program ini menyediakan bantuan yang disasarkan kepada pelanggan yang layak yang sedang bergelut dengan kesan akibat banjir. Pelanggan yang terjejas ditawarkan bantuan bayaran balik sehingga enam bulan untuk semua pinjaman dan kemudahan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit, tanpa caj lewat atau penalti dikenakan sepanjang tempoh bantuan bayaran balik,” kata­nya.

BSN pula berkata, pemilik perniagaan mikro yang terkesan dan memerlukan pem­biayaan untuk membangunkan semula perniagaan mereka, boleh memohon Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga.

“Skim pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM50,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) bagi enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

“BSN juga menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) dengan pembiayaan sehingga RM75,000 untuk tempoh pembiayaan yang sama,” katanya.
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad pula menawarkan penangguhan pembayaran pembia­yaan sehingga enam 6 bulan kepada semua pelanggan individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

“Dalam tempoh ini, keuntungan akan terus terakru tetapi tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah. Di samping itu, sebarang penggantian debit alrajhi bank Malaysia yang hilang atau rosak kad akan dilakukan secara percuma kepada pelanggan,” kataKetua Pegawai Eksekutifnya, Arsalaan (Oz) Ahmed.

CIMB pula mengumumkan akan mengaktifkan semula pelepasan pembayaran obligasi kewa­ngan di bawah Bantuan Pelan Bantuan Banjir CIMB kepada pe­langgan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan menyediakan pelepasan bayaran enam bulan ke atas produk pinjaman dan pembiayaan untuk individu dan pelanggan PKS atau perniagaan yang telah terjejas akibat banjir untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berharap,  usaha itu akan membantu meringankan beban mereka yang terjejas dan memberikan sedikit bantuan kewangan untuk memperuntukkan dana untuk mereka membina semula kehidupan mereka apabila keadaan bertambah baik.

OCBC Bank (Malaysia) Berhad serta anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin) juga menyeru semua pelanggan yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini untuk menghubungi OCBC Bank jika mereka perlu membincangkan sebarang bantuan atau penyusunan semula pinjaman atau skim pembiayaan sedia ada.

Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLIB) juga telah mengaktifkan program ‘Bantuan Bantuan Banjir’ untuk pelanggan yang terjejas akibat banjir, dengan menawarkan penangguhan pembayaran ke atas kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit, sehingga enam bulan.

Pembiayaan tambahan juga akan disediakan kepada pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di negeri Johor setakat ini.

“Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil oleh Maybank dan CIMB. Agrobank Menteri Pertanian kata ‘Okey’,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN