PETALING JAYA: Senheng New Retail Berhad (Senheng) mencatatkan untung bersih sebanyak RM60.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, jatuh 7.2 peratus daripada RM65.3 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Senheng dalam kenyataannya berkata, untung bersih lebih rendah berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi untuk pengembangan berterusan Kumpulan, serta peningkatan cukai tertunda bagi tahun tersebut. Bagi tempoh yang sama, syarikat merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak RM1.6 bilion, 8.3 peratus lebih tinggi daripada RM1.4 bilion bagi tahun sebelumnya, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk elektronik pengguna di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya