KERAJAAN akan menggalakan kerjasama di antara konglomerat dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memperkukuh keseluruhan ekosistem ekonomi selari dengan matlamat menginstitusikan inovasi di Malaysia. Menurut Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini, langkah berkenaan bertujuan meningkatkan daya saing industri negara di peringkat global. Selain itu, keutamaan akan diberikan kepada langkah khusus bagi menggalak kerjasama dan menghubungkan PMKS dengan rangkaian pengetahuan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk syarikat multinasional (MNC), ahli akademik, institusi penyelidikan dan komuniti inovator. “Usaha bagi meluaskan penggunaan e-pembayaran dalam komuniti dan menyediakan latihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya