PETALING JAYA: Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila MILO merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO, Park Seo-Jun di Sunway Pyramid pada Sabtu lalu.
Acara istimewa itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO × Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian MILO dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.
Varian stik pek MILO merupakan rangkaian produk MILO berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa MILO hebat.
Varian tersebut termasuk MILO 3-in-1, MILO Original, MILO with Whole Grain Cereal, MILO Less Sugar dan MILO HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.
Sebagai Sahabat MILO yang menjiwai tenaga MILO, Park Seo-Jun menyertai barisan ikon-ikon tanah air yang pernah bergabung tenaga dengan MILO sebelum ini untuk menyuntik nafas baharu kepada varian stik pek MILO.
Sejak mengenali MILO, Park Seo-Jun telah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian stik pek MILO pilihan bertenaganya untuk kekal aktif.
Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, berkata pihaknya gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO terbesar di dunia. Sesiapa sahaja yang menggemari MILO merupakan sahabat MILO.
“Justeru, kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO, Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.
“Inilah keunikan rangkaian varian stik pek MILO. Kami menawarkan pelbagai jenis MILO kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup,” katanya dalam kenyataan.
Persembahan bertenaga lagu MILO baharu “Kitalah Juara” oleh Sahabat MILO yang lain telah menyuntik tenaga serta memeriahkan ketibaan Park Seo-Jun.
Ribuan penyokong MILO yang hadir mengambil peluang keemasan itu untuk menyaksikan Sahabat Milo kegemaran mereka beraksi.
Teruja ketika Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO, para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik, ‘Jom Minum MILO’.
Sementara itu, Sahabat MILO Park Seo-Jun berkata, sebelum ini saya pernah mendengar MILO ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia.
“Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO,” katanya.
Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain, seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman MILO kegemaran rakyat daripada van MILO, serta bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO. – UTUSAN