Ramai peniaga luar bandar tidak percaya e-wallet

Ramai peniaga luar bandar tidak percaya e-wallet

NORENA Jaafar (lima dari kanan) melihat peniaga mendaftar bagi perkhidmatan e-wallet selepas Taklimat ReDI di Kompleks Japerun Machap Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Masih ramai peniaga di kawasan luar bandar di negeri ini belum dapat menerima perubahan peralihan transaksi runcit secara digital iaitu urusan jual beli menggunakan perkhidmatan e-dompet (e-wallet).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, majoriti mereka masih tidak percaya bahawa perkhidmatan e-wallet boleh menggantikan tunai semasa berurusan.

“Untuk mengubah minda peniaga luar bandar adalah satu cabaran yang sangat besar. Mereka masih berpegang kepada urusan jual beli secara tunai lebih baik, dan bukan secara digital melalui perkhidmatan e-wallet.

“KPDN mensasarkan 10 peratus daripada 40,000 peniaga yang telah berdaftar di negeri ini untuk beralih kepada transaksi runcit dilaksanakan secara digital selepas ini.

“Kita akan berusaha bagi memastikan seluruh peniaga mula mengggunakan perkhidmatan e-wallet bagi sebarang urusan jual beli, kerana Melaka telah dipilih sebagai projek rintis untuk Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) menjelang 2025,” katanya dalam sidang akhbar selepas Taklimat ReDI di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya, Bukit Bulat di sini semalam.

Norena berkata, peniaga di bandar khususnya di kawasan tumpuan pelancong Banda Hilir tidak
berdepan sebarang masalah kerana rata-rata mereka telah menggunakan sepenuhnya transaksi runcit secara digital.

“KPDN telah mula menggerakkan anggota bertemu peniaga di pasar malam, kedai runcit, bengkel kenderaan dan pelbagai kedai pengkhususan bagi menerangkan pentingnya penggunaan perkhidmatan e-wallet dan urusan jual beli,” ujarnya.

DUN Machap Jaya dipilih sebagai projek perintis bagi kawasan luar bandar dan akan disusuli tiga lokasi lagi iaitu Tanjung Bidara, Lendu dan Paya Rumput secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.