Pengeluaran KWSP seperti 'panadol', bakal undang masalah di usia tua - Utusan Malaysia

Pengeluaran KWSP seperti ‘panadol’, bakal undang masalah di usia tua

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berpendirian pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat bakal meletakkan pencarum dalam masalah besar pada usia 50, 55 dan 60 tahun.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia seperti mengambil ‘panadol’ dimana masalah mungkin selesai pada usia 30 hingga 40 tahun tetapi sebenarnya ia seperti menggali ‘lubang’ pada usia 50, 55 dan 60 tahun.

Beliau berkata, kerajaan boleh jadi popular dengan membenarkan pengeluaran KWSP namun, kesan sampingannya akan menjadi kesan penjang kepada pencarum dan ekonomi negara.

“Setakat ini, itu pandangan saya, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kecuali kita ada data baharu dan keadaan yang baharu. Itu pendirian kita sekarang.

“Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bahawa rakyat ada jaringan keselamatan sosial yang baik.

“Malah, kita sedia maklum, pada masa akan datang kos kesihatan dan kos sara hidup akan meningkat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau berpandangan adalah lebih baik kerajaan membabgunkan dasar-dasar berbentuk makro iaitu membantu dari segi kenaikan gaji pekerja dan menangani kos sara hidup.

Rafizi berkata, beliau juga yakin jika ekonomi diurus dengan baik dan sumber kewangan negara dialihkan secara bersasar kepada kumpulan memerlukan, ia boleh mengurangkan beban rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.

Sebaliknya, Anwar berkata, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.

Mengulas mengenai pelantikan Nurul Izzah Anwar dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat, Rafizi berkata, lantikan Nurul Izzah dalam dianggap sebagai nilai tambah dalam sekretariat itu.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, Tan Sri Hassan Marican telah menjemput Nurul Izzah untuk mengetuai secara bersama sekretariat yang dibentuk bagi menyokong operasi jawatankuasa itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.