PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM154.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, berbanding RM61.3 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Menurut kenyataan MRCB, prestasi yang kukuh tersebut didorong terutamanya oleh operasi yang lebih normal selepas dua tahun berdepan Covid-19, yang memacu peningkatan pendapatan dan pengiktirafan keuntungan daripada kemajuan pembinaan dan pemulihan dalam jualan hartanah. Bagi tempoh yang sama, MRCB merekodkan…

 
								 
											









