PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menyekat sebanyak 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara 2020 hingga akhir 2022. Selain itu, sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar spam khidmat pesanan ringkas (SMS) meragukan seperti mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain telah ditamatkan perkhidmatannya bermula 2020 sehingga 2022. Jelas MCMC, tindakan itu berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan di bawah Akta 289 dan gesaan sebuah pertubuhan pengguna agar platform seumpama itu dikawal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya