McDonald’s Malaysia diiktiraf majikan terbaik kali kelapan - Utusan Malaysia

McDonald’s Malaysia diiktiraf majikan terbaik kali kelapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia merangkul dua anugerah sumber manusia iaitu Anugerah Majikan Terbaik 2022 dan Anugerah untuk Komitmen kepada Tumpuan Bakat 2022 oleh Kincentric.

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan kali pertama restoran makanan segera tersebut diiktiraf sebagai penerima Anugerah untuk Komitmen kepada Tumpuan Bakat 2022.

Katanya, ia turut berbangga apabila berjaya menerima pengiktirafan kelapan bagi Anugerah Majikan Terbaik 2022 dan membuktikan komitmen berterusannya dalam pengurusan sumber manusia dan pembangunan bakat.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, kejayaan berkenaan tidak mungkin berlaku tanpa komitmen yang diberikan oleh pekerjanya.

“Kami berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Kincentric dan pastinya ia tidak mungkin berlaku tanpa komitmen pekerja kami untuk menjadikan McDonald’s tempat yang bagus untuk bekerja.

“Sebuah organisasi akan jadi terbaik jika kakitangan juga terbaik dan aset terbesar McDonald adalah pekerja kami yang menunjukkan dedikasi kepada pelanggan dan komuniti dimana kami berkhidmat,” katanya.

Menurut Azmir, para pekerja sentiasa dihubungkan melalui Employee Value Proposition (EVP) syarikat, yang memberi fokus menjadikan para pekerja sebagai ahli keluarga dan syarikat membantu mereka menuju ke arah kerjaya yang cemerlang.

Katanya, ia memberi tumpuan kepada tiga nilai teras EVP, yang merangkumi keluarga dan rakan, fleksibiliti serta masa depan disamping disokong dengan insiatif strategi program pembangunan dan perancangan kerjaya bagi setiap individu agar memberi kepuasan jangka panjang kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya