KUALA LUMPUR: Malayan Banking Berhad (Maybank) merekodkan pendapatan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK22) dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 11.6 peratus kepada RM12.15 bilion, berbanding RM10.89 bilion tahun sebelumnya. Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, keuntungan bersih meningkat kepada RM8.23 bilion, iaitu 1.7 peratus lebih tinggi daripada RM8.2 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya. Menurut Khairussaleh, pendapatan operasi bersih juga meningkat kepada RM27.62 bilion, berdasarkan peningkatan 8.4 peratus dari tahun ke tahun dalam jumlah pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM20.69 bilion.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya