Malaysia perlu teroka sumber pendapatan baharu, perbaiki kedudukan fiskal - Utusan Malaysia

Malaysia perlu teroka sumber pendapatan baharu, perbaiki kedudukan fiskal

PELANCONGAN antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu meneroka sumber pendapatan baharu untuk memperbaiki kedudukan fiskalnya, berikutan strateginya untuk mencapai penyatuan fiskal dengan mengurangkan perbelanjaan adalah mencabar, menurut Bank Dunia.

Bank Dunia berkata, paras hasil Malaysia kekal rendah dan menjejaki rakan setara dan hasil kerajaan dijangka meneruskan aliran menurunnya pada 2023 berikutan penyederhanaan harga minyak mentah.

“Malaysia harus beralih daripada ekonomi kepenggunaan kepada ekonomi diterajui pelaburan yang secara langsung akan meningkatkan gaji pekerja tempatan.

“Pertimbangan juga harus diberikan untuk memperkemas pelepasan dan meluaskan asas cukai pendapatan peribadi dan meningkatkan rangka kerja cukai penggunaan.

“Kutipan Malaysia dalam cukai peribadi dan penggunaan masih rendah, ketinggalan berbanding negara-negara lain,” kata Bank Dunia dalam Pemantau Ekonomi Malaysia, semalam.

Bank Dunia menjangkakan pendapatan kerajaan berada pada paras 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 berbanding 16.7 peratus yang dijangkakan pada 2022.

Pada 2012, pendapatan kerajaan berada pada paras 21.4 peratus daripada KDNK.

Selain itu, Bank Dunia berkata, kebergantungan kepada pemotongan perbelanjaan akan menjadi sukar kerana perbelanjaan struktur semakin meningkat, manakala perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan telah berada pada aliran menurun atau sudah berada pada tahap rendah.

Subsidi kerajaan diramalkan mencecah rekod RM80 bilion pada 2022, dengan konsesi ke atas bahan api dan gas memasak sahaja diunjurkan mencakupi kira-kira separuh daripada jumlah itu.

Tambah Bank Dunia, satu langkah ke arah subsidi bersasar diperlukan, tetapi memberi amaran bahawa peralihan itu harus beransur-ansur untuk mengelakkan peningkatan mendadak dalam inflasi. 

“Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 peratus pada 2023, di tengah-tengah jangkaan permintaan luaran yang perlahan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya