PETALING JAYA: Usahawan muda Program Tunas Niaga (PROTUNe), di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), berjaya mencatatkan pendapatan keseluruhan sebanyak RM2.54 juta tahun lalu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon berkata, ia sekali gus membolehkan kesemua usahawan dari 50 sekolah terpilih di Selangor mencatatkan rekod keuntungan bersih sebanyak RM745,067. Suhaimi turut menzahirkan rasa bangga beliau ekoran terdapat peningkatan pendapatan sebanyak 93.5 peratus pada 2022 dengan nilai…