Pengukuhan ringgit beri kesan positif sektor automotif - Utusan Malaysia

Pengukuhan ringgit beri kesan positif sektor automotif

Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada penggiat automotif yang mempunyai import dalam denominasi dolar AS. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada penggiat automotif yang mempunyai import dalam denominasi dolar AS, kata MIDF Research.

Menurut nota penyelidikannya, UMW Holdings (UMW) dan Tan Chong Motor (TCM) adalah dua penerima manfaat terbesar ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Katanya, ini kerana, kedua-dua syarikat terdedah kepada import dalam denominasi dolar AS bagi kit  kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU).

Oleh itu, firma penyelidikan itu berkata, dolar AS yang lebih lemah mengurangkan kos import dengan berkesan.

“Setiap perubahan satu peratus dalam dolar AS berbanding ringgit dianggarkan memberi kesan kepada unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 UMW sebanyak 3.7 peratus dan TCM sebanyak 17 peratus. 

“Keputusan kunci kira-kira TCM lebih sensitif kepada pergerakan dolar AS berbanding ringgit kerana unjuran kami untuk keuntungan bersih tahun kewangan 2023 menghampiri paras pulang modal,” katanya di sini semalam.

Firma itu berkata, kadar  pertukaran antara dolar AS dan ringgit berada dalam aliran menaik sejak lewat suku keempat 2022 dengan ringgit kini didagangkan pada tahap RM4.34 berbanding dolar AS.

Katanya, pencapaian itu adalah peningkatan yang ketara selepas mencecah paras rendah sebanyak RM4.75 pada November tahun lepas .

“Dolar AS yang menyusut berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah yang telah menaikkan harapan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar dasar monetari lebih awal,” ujarnya.

Berbeza dengan trend ringgit berbanding dolar AS, MIDF Research berkata, pendedahan Bermaz Auto Bhd. terhadap import dalam denominasi yen Jepun mungkin menyaksikan setiap satu peratus daripada perubahan dalam kedua-dua mata wang tersebut akan memberi kesan kepada unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 syarikat sebanyak 0.9 pertus.

“Ini secara khususnya menerusi unit CBU Mazda yang melibatkan kira-kira 30 peratus daripada jualan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya kekal positif dengan sektor automotif dan aliran ringgit yang lebih kukuh berbanding AS menyokong tesisnya untuk 2023, yang menggariskan persekitaran mata wang yang lebih menggalakkan sebagai salah satu pemangkin sektor itu pada tahun ini.

“Pemain industri memasuki 2023 dengan tertunggak pesanan sebanyak enam hingga bulan bulan yang kukuh, di samping pelancaran model baharu dijangka dipercepatkan semula kelewatan pada tahun lalu,.

“Selain itu. persekitaran makro yang lebih baik iaitu inflasi meredakan dan pasaran buruh yang bertambah baik untuk memacu penggunaan domestik. Pemain industri juga dijangka menikmati tunai bersih yang besar, disokong dengan dividen yang menarik dan potensi penggabungan dan pengambilalihan (M&A),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya