McDonald’s tarik minat pekerja muda

McDonald’s tarik minat pekerja muda

Drama mini Kau Sundaeku dihasilkan bagi menarik minat generasi muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia akan menggunakan platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diteroka dalam syarikat tersebut.

Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, restoran makanan segera itu mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk Kau Sundaeku.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baharu dan lain daripada yang lain.

“Kami mahu mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” katanya dalam kenyataan.

Siri mini drama sembilan episod itu mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit.

Siri drama berkisah seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latar belakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.

McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 oleh Kincentric.

Sebelum itu, McDonald’s juga telah memenangi Anugerah Majikan Terbaik lima tahun berturut-turut dari 2014 hingga 2018.

Syarikat itu turut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita pada 2015 dan Majikan Terbaik untuk Generasi Y pada 2013.

Program latihan seperti  Program Perantis Vokasional McDonald’s turut dijalankan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia.

Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baharu di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN