Liputan 5G negara mencecah 50 peratus - Utusan Malaysia

Liputan 5G negara mencecah 50 peratus

TAWARAN tersebut melibatkan pakej telefon pintar 5G pelan data di bawah jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G Malaysia telah mencecah hampir 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk (COPA) dengan sekitar 3,900 tapak setakat akhir 2022, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40 peratus.

DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir 2024 atau lebih awal. 

Rangkaian tersebut kini telah mencapai 15 juta penduduk serta bakal melebihi 30 juta penduduk dan perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti.

DNB menerima sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang telah mempercepatkan kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5Gdan kini berjaya menyelesaikan pelaksanaan tapak yang sebelum ini tertangguh dan seterusnya mencapai tahap pelaksanaan yang lebih pantas sepanjang bulan lalu.

Buat masa ini, DNB telah mencapai lebih daripada 90 peratus liputan di kawasan berpenduduk ke seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, selain sekitar 50 peratus di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. 

Negeri-negeri lain pula kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 ataupun lebih awal.

Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed berkata, setelah melepasi sasaran liputan rangkaian untuk 2022, pihaknya sedang mengadakan kerjasama rapat dengan rakan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan pengeluar peranti untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan 5G di seluruh negara pada tahun ini.

“Pihak MNO juga telah memperkenalkan pelbagai pelan data 5G kepada pelanggan mereka dengan harga runcit yang sangat menarik bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan 5G tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, lima MNO di Malaysia iaitu Celcom Axiata Bhd., Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Bhd., U Mobile Sdn. Bhd. dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YES) telah mula menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada lebih daripada 20 juta pelanggan mereka, selepas menandatangani Perjanjian Akses 5G masing-masing dengan DNB pada 31 Oktober 2022.

Namun, pelanggan Maxis Bhd. masih belum dapat mengakses perkhidmatan 5G buat masa ini sementara menunggu kelulusan daripada para pemegang saham mereka bagi melaksanakan Perjanjian Akses 5G dengan DNB yang dijangka bakal berlangsung sekitar Januari tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya