PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi memperkasa pembangunan rel negara dalam bidang kejuruteraan, sistem, pengurusan rantaian bekalan pengangkutan dan lain-lain. Dalam kenyataan bersama, UTAR dan KTMB berkata, kerjasama itu akan memberikan hasil khusus untuk kedua-dua pihak seperti kerjasama akademik termasuk pembangunan kursus dan kurikulum dengan Pusat Kecemerlangan Akademi KTM (MyRA), penerbitan untuk penyelidikan berkaitan kereta api, pertukaran profesional…