Bank jangan hanya hantar surat...

Bank jangan hanya hantar surat…

BNM arah dua bank alami gangguan perkhidmatan beri penjelasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGAR saja Bank Negara Malaysia (BNM) akan naikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semua sudah mula risau.

Terutama sekali isi rumah yang ada pinjaman besar seperti pinjaman perumahan dan pa­ling terkesan, peniaga yang buat pinjaman bank untuk jalankan perniagaan.

Sudahlah baru saja mahu pu­lihkan kehidupan atau perniagaan selepas pandemik, kini terpaksa pula memikirkan macam mana mahu uruskan perbelanjaan supaya tidak disenarai hitam kerana gagal bayar pinjaman bank atau paling teruk, diisytihar bankrap.

Baru-baru ini pun bertebaran di dada akhbar dan media sosial mengenai individu muflis bakal cecah 30,000 orang tahun ini jika OPR dinaikkan lagi. Jadi, betul ke?

Kalau kita lihat, anggaran saja tidak tepat atau boleh diambil kira sepenuhnya kerana perkara itu belum lagi berlaku. Namun, jika OPR terus dinaikkan tanpa ada inisiatif bagi membantu rakyat yang terkesan ini, maka tidak mustahillah.

BNM perlu turun padang untuk periksa sendiri dengan pihak bank dan wujudkan satu inisiatif yang perlu dilakukan pihak bank sekiranya berdepan dengan pelanggan yang gagal membayar pinjaman selepas OPR naik lagi.

Bila difikirkan, lebih manis kalau pihak bank hubungi dahulu pelanggan dan maklumkan mengenai kenaikan bayaran bulanan untuk pinjaman mereka dan tanya jika mereka mahu penstrukturan semula pinjaman atau sebagainya.

Jadi, tidaklah mereka terus dibebani dan kemudian menambah angka kepada individu bankrap di negara ini.

“Hari itu tiba-tiba saja sampai surat bank yang bayaran pinjaman perumahan aku dah naik sebab OPR. Sakit juga hati bila surat saja yang sampai.” teringat kata-kata rakan yang mengadu mengenai kesan OPR.

Dalam konteks ini, BNM perlulah main peranan tampil de­ngan solusi berkesan dan kuat kuasakan pihak bank perlu beri penerangan dan bantu pelanggan supaya mereka masih mampu membayar pinjaman walaupun OPR dinaikkan lagi.

Betul, BNM memang tidak boleh elakkan kenaikan OPR kerana tidak mahu ia mengganggu pasaran mata wang negara. Kalau tidak dinaikkan, ringgit akan terus jatuh pula.

Untuk atasi peningkatan individu muflis, mungkin kerajaan perlu perkenalkan semula mo­ratorium bersasar hingga keada­an dan perniagaan tempatan betul-betul pulih.

Jangan dibiarkan saja perkara ini jadi masalah yang membe­lenggu dan individu yang baru bangkit terpaksa pula diisytihar bankrap. Lagi sukar perjalanan mereka nanti.

Moratorium bersasar itu pun penting untuk tolong rakyat. Kalau bank berikan moratorium pun tidak akan jejaskan prestasi kewa­ngan mereka.

Buktinya, bank tetap untung walaupun moratorium dilaksanakan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya