The Danna sajikan 12 pengalaman unik

The Danna sajikan 12 pengalaman unik sempena ulang tahun ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: The Danna Langkawi Resort & Beach Villas me­nyajikan 12 pengalaman unik dan eksklusif kepada para tetamu sempena ulang tahun ke-12 pembukaannya.

Untuk memulakan sambutan ulang tahunnya, hotel ini menawarkan kredit harian sebanyak RM300 bagi setiap penginapan untuk spa serta makanan dan minuman (F&B) apabila tetamu menempah terus dari laman web The Danna.

Para tetamu dijemput untuk memulakan perjalanan gastronomi dengan berlatarbelakangkan Laut Andaman yang indah di restoran dan ruang lounge resort.

Pengurus Besar The Danna Langkawi Resort & Beach Villas, Karan Singh berkata, pencapaian penting ini adalah kemuncak 12 tahun dedikasi dan kecemerlangan perkhidmatan yang disampaikan oleh pasukannya yang sentiasa bekerja keras.

“Kami berharap untuk terus mengubah impian menjadi kena­ngan yang berkekalan untuk tetamu tempatan dan pengembara antarabangsa dari seluruh dunia di sam­ping kami berkongsi 12 pengalaman eksklusif yang akan menggembirakan mereka pada setiap masa,” katanya dalam kenyataan.

Antara pengalaman eksklusif sempena 12 tahun The Danna adalah laman web hotel, www.thedanna.com yang telah diubah suai untuk mempamerkan resort pulau mewah dalam semua ke­gemilangan visualnya.

Selain itu, tetamu dibenarkan membuat tempahan segera untuk dinikmati kadar dan faedah terbaik yang ditawarkan di bawah Danna Direct, sekali gus melancarkan pengalaman.

The Danna turut menawarkan koleksi vila peribadi satu dan dua bilik tidur yang terpencil dan luas, dengan setiap satu mempunyai akses terus ke pantai.

Hotel ini juga terkenal sebagai antara tempat terbaik untuk hiburan secara langsung di Langkawi. Lounge Beranda adalah ruang yang sesuai untuk bersantai di malam hari dengan persembahan kumpulan LAKI yang terkenal dengan muzik rancak daripada pop rock, jazz, tarian, klasik dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN