Tealive beri 5,000 makan tengah hari percuma

Tealive beri 5,000 makan tengah hari percuma kepada petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas pemberian 10,000 cawan Kopi Merdeka Ogos lalu, Tealive kini memberi makan tengah hari percuma kepada 5,000 petugas barisan hadapan pada 5 Disember ini.

Pemberian makan tengah hari percuma itu bagi menghargai jasa atas perkhidmatan mereka sepanjang pandemik Covid-19, jelas jenama teh gaya hidup terkemuka Asia Tenggara itu.

Memandangkan negara telah memasuki fasa endemik Covid-19, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings Sdn. Bhd., Bryan Loo mengajak semua pihak mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan yang merupakan wira-wira di sektor kesihatan dan perubatanm, pasukan keselamatan dan semua perkhidmatan unti beruniform yang telah sedaya upaya memberi pertolongan kepada rakyat Malaysia ketiak negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Kata beliau, Tealive memutuskan untuk memberi ganjaran kepada barisan hadapan, pada masa sama menginatkan rakyat Malaysia agar tidak leka dan alpa di sana endemik ini.

“Pada 5 Disember ini, setiap petugas barisan hadapan boleh kemana-mana 257 cawangan kami untuk mendapatkan makanan tengah hari secara percuma.

“Pelanggan hanya perlu mengenal pasti dirinya barisan hadapan dan berkata, “Yes! Tealive Got Food,” sebanyak tiga kali dan mereka akan diberikan makanan tengah hari Tom Yam Prawn Mac & Cheese secara percuma.

“Setiap cawangan yang mengambil bahagian dalam pemberian ikhlas ini akan menyediakan sehingga 20 set pada hari tersebut mulai pukul 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Selain Mac & Cheese, Tealive juga mempunyai menu hidangan baharu sepanjang hari terdiri daripada Grilled Chicken Western Gravy Rice, Grilled Chicken Aren Glazed Rice, Buttermilk Popcorn Chicken Rice dan Meletop Beef Rice pada harga RM15.90 setiap ala carte dan RM13.90 bersama minuman.

BRYAN LOO

Loo berkata, Tealive terus menepati janji jenamanya iaitu, “Bukan Sekadar Teh” dan ia kini mempunyai pelbagai jenis kopi istimewa, Toastea™ eksklusif dan makanan tradisional yang sesuai untuk masa yang berbeza dalam sehari.

“Baru-baru ini, kami telah memperluaskan menu dalam empat hidangan nasi tersebut, Mac & Cheese, muffin dan snek goreng serta hidangan set.

“Sebagai jenama tempatan, kami berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia ketika kami mencapai ke puncak dalam kalangan jenama teh gaya hidup dalam kalangan negara-negara ASEAN. Kami berbangga membawa bendera Malaysia merentasi benua dan terkini membuka cawangan di Amerika Syarikat selepas bertapak di Eropah, Afrika dan Australia.

“Terima kasih kepada peminat setia Tealive yang telah membawa kami mencapai kejayaan cawangan ke-800 di Malaysia tahun ini, dan kami akan terus mendorong diri untuk melakukan yang lebih baik. Mulai sekarang, kami ingin pelanggan mengetahui dan mengingati bahawa “Tealive Got Food” di sepanjng hari, yang bermaksud, “Tealive Got Lunch” dan “Tealive Got Dinner” juga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN