KUALA TERENGGANU: Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Bhd. (TDM) mencatat pendapatan RM153.3 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September iaitu peningkatan 16 peratus daripada RM132.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamarudin berkata, pencapaian itu disumbang sektor penjagaan kesihatan yang mencatat kenaikan pendapatan 38 peratus kepada RM78.1 juta berbanding RM56.4 juta tahun sebelumnya. Menurut beliau, pendapatan TDM melalui sektor perladangan pula tidak banyak berubah iaitu…










