Sime Darby Property rasmi pembukaan Temu - Utusan Malaysia

Sime Darby Property rasmi pembukaan Temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad merasmikan pembukaan Temu @ City of Elmina (Temu), pusat komersial tertumpu gaya hidup pertama di Bandar Elmina, Shah Alam dalam majlis melibatkan lebih 100 pemilik dan penyewa dekat sini, baru-baru ini.

Pusat komersial tersebut terdiri daripada 70 unit pejabat kedai dua dan tiga tingkat yang menawarkan binaan daripada 3,074 kaki persegi kepada 7,753 kaki persegi.

Temu juga telah membahagikan 3,120 meter persegi kawasan pembangunannya sebagai ruang komunal hijau, yang menambahkan lagi kerancakan pembangunan. 

Ini adalah tambahan untuk memberikan kemudahan kepada penyewa dan pelawat dengan lebih 690 ruang tempat letak kereta, kemudahan tempat letak basikal dan akses tanjakan mesra orang kurang upaya.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandarannya, Appollo Leong berkata, pembangunan baharu tersebut memberikan sokongan kepada perniagaan yang ingin memanfaatkannya pasaran mewah yang semakin berkembang dan penduduk sedia ada di dalam dan sekitar perbandaran.

“Ia dijangka menjadi tempat menarik baharu di bandar dan lokasi tumpuan perbandaran memandangkan lokasinya yang strategik di Koridor Utara Shah Alam yang berkembang pesat. 

“Ini adalah peluang baharu bagi perusahaan yang ingin membuka kedai atau menguruskan perniagaan mereka tanpa perlu meneroka lebih jauh ke perbandaran lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi penduduk Kota Elmina, tinggal berdekatan Temu memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan seharian mereka manakala bagi usahawan pula, membangunakan perniagaan di lokasi seperti City of Elmina pastinya merupakan langkah pelaburan yang bijak.

Tambahnya, Temu telah menerima sambutan yang baik daripada pelbagai pihak setelah selesai dibangunkan, menandakan nilai besar pusat komersial dan minat yang mendalam daripada perniagaan yang ingin mengembangkan jejak mereka.

Sehingga kini, Temu telah mengesahkan beberapa penyewa utama termasuk The Coffee Bean & Tea Leaf, Pizza Hut, FamilyMart, Miami Chicken, Klinik RH Medic, R Pharmacy dan WLH Grocer yang akan mengendalikan rangkaian pasar raya besar di atas petak seluas 0.4 hektar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya