PETALING JAYA: Shell New Ventures Malaysia Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menandatangani perjanjian kerjasama pada 12 Oktober 2022 untuk meneroka bersama pembangunan Hab Penyerapan Karbon di Malaysia. Menurut kenyataan Shell Malaysia, perjanjian itu mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak untuk penerokaan dan penilaian bersama formasi geologi serta pembangunan dan operasi Hab Penyerapan Karbon yang berpotensi di luar pesisir Sarawak. Katanya, ia bagi penyediaan perkhidmatan penyahkarbonan kepada pelanggan…