SC saman 5 individu sebabkan kerugian salah berjumlah RM120.6j

SC saman lima individu sebabkan kerugian salah berjumlah RM120.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap lima individu kerana didakwa melakukan skim untuk memfraud dan atau menyebabkan kerugian secara salah bernilai RM120.6 juta kepada empat syarikat tersenarai awam.

Lima individu itu ialah Tey Por Yee, Lim Chye Guan, See Poh Yee, Francis Tan Hock Leong dan Faizatul Ikmi Abdul Razak.

“Syarikat terbabit ialah Nexgram Holdings Berhad, R&A Telecommunication Group Berhad, Asdion Berhad dan Ire-Tex Corporation Berhad,” katanya dalam kenyataan.

Menurut SC, pihaknya mendakwa bahawa Tey, Lim, See dan Tan, dalam kapasiti pelbagai mereka sebagai pengarah dan pegawai empat syarikat tersenarai awam tersebut, telah menyalurkan hasil usaha pendanaan syarikat-syarikat itu, manakala Faizatul Ikmi bersubahat atau melanjutkan penyaluran tersebut.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara Disember 2013 dan Julai 2014, dan melanggar seksyen 317A dan 179 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Di bawah seksyen 317A CMSA, pengarah atau pegawai perbadanan tersenarai tidak boleh melakukan apa-apa dengan niat menyebabkan kerugian secara salah kepada perbadanan tersenarai itu.

“Di bawah seksyen 179, seseorang dilarang daripada terlibat dalam penipuan atau perdayaan untuk pelangganan, pembelian atau penjualan mana-mana sekuriti,” katanya.

Bagi mengelakkan penyelapan aset defendan, SC pada 1 Disember 2022, telah mendapatkan injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang Tey, Lim, See dan Faizatul Ikmi daripada berurusan dengan wang dalam akaun bank
mereka masing-masing.

SC bagaimanapun tidak memohon injunksi terhadap Tan kerana dia adalah seorang muflis yang belum dilepaskan.

SC juga telah memohon pelbagai perintah, termasuk perintah bahawa defendan:
a. Telah melanggar seksyen 179 dan 317A CMSA;

b. Membayar kepada SC seperti berikut:
i. Penyerahan kembali semua hasil yang diperoleh daripada pelanggaran seksyen-sekyen ini, menurut seksyen 200 dan 360 Akta yang sama; dan

ii. Penalti sivil sebanyak RM1 juta setiap satu, atau jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, mengikut Seksyen 200(2) CMSA; dan

c. Dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat tersenarai awam, dan daripada berdagang di mana-mana bursa saham atau bursa derivatif, untuk tempoh 10 tahun.

Mahkamah Tinggi pada asalnya menetapkan 12 Disember 2022 bagi defendan-defendan memberikan respons terhadap permohonan injunksi itu.

Bagaimanapun disebabkan ketidakhadiran defendan-defendan, Mahkamah Tinggi telah membenarkan suatu injunksi ad interim dan menetapkan 9 Januari 2023 untuk respons daripada defendan-defendan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×