PETALING JAYA: Mesiniaga Bhd. dianugerahkan kontrak bernilai RM43.62 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembangunan sistem pendaftaran korporat (CRS). Dalam pemfailannya di Bursa Malaysia, syarikat pengurusan perkhidmatan teknologi maklumat itu berkata, kontrak tersebut termasuk pembangunan, pembekalan, pelaksanaan, latihan, sokongan, waranti dan penyelenggaraan CRS, Katanya, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersihnya mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. “Tempoh kontrak bermula dari 1 Januari 2023…










