PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan menutup beberapa saluran bayaran cukai untuk sementara waktu berikutan proses menaik taraf sistem dalaman yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari 2023. Menurut kenyataan LHDN, langkah tersebut adalah sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Katanya, bagi kelancaran proses tersebut, LHDN telah menetapkan tarikh akhir penerimaan bayaran cukai bagi saluran bayaran yang terlibat dengan penutupan tersebut. “Tarikh akhir bagi bayaran di…










