Lagenda beri peluang golongan muda miliki rumah pertama

Lagenda beri peluang golongan muda miliki rumah pertama

PROJEK rumah mampu milik Darulaman Lagenda yang dibangunkan oleh Lagenda Properties dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju perbandaran mampu milik, Lagenda Properties Berhad (Lagenda) dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad (BDB) membuka peluang kepada golongan muda di Kedah dan Pulau Pinang untuk membeli dan memiliki rumah pertama.

Menurut Lagenda, fasa pertama perbandaran Darulaman Lagenda, terdiri daripada 282 unit rumah teres mampu milik, habis dijual dalam masa beberapa hari selepas dilancarkan.

Katanya, permintaan yang kukuh itu adalah hasil sokongan yang menggalakkan daripada generasi muda, dengan data jualan menunjukkan 53 peratus pembeli berumur antara 20 hingga 30 tahun manakala 41 peratus lagi pembeli daripada kumpulan umur 31 hingga 40 tahun.

“Ditawarkan pada harga bermula daripada RM200,000 seunit untuk Fasa 1, Darulaman Lagenda merupakan perbandaran mampu milik terbesar di Kedah, terletak di lokasi yang strategik berdekatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran kemudahan pusat perubatan seperti Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Pantai Sungai Petani,” katanya dalam kenyataan.

Kemudahan berhampiran lain termasuk pusat beli-belah dan institusi pendidikan dari peringkat prasekolah hingga menengah termasuk SK Sungai Lalang, SMK Aman Jaya dan Sekolah Antarabangsa Regent.

Menurut Pengarah Urusan Lagenda, Datuk Jimmy Doh, pemilikan rumah hari ini sangat mencabar dan syarikat melihat semakin ramai orang bergelut untuk memiliki rumah sendiri.

“Inilah sebabnya mengapa dalam membangunkan rumah kami, kami melakukan yang terbaik bagi memastikan kumpulan berpendapatan rendah hingga pertengahan mampu membelinya.

“Ini terbukti melalui sambutan luar jangkaan untuk Fasa 1 Darulaman Lagenda serta demografi pembeli kami. Sebagai contoh, 73 perats pembeli kami adalah dari Kedah dan Pulau Pinang, 80 peratus adalah kakitangan kerajaan, dan 97 peratus adalah bumiputera. Memandangkan Fasa 1 kini habis dijual dalam masa kurang dari seminggu, kami yakin kami berjaya mengurangkan sedikit krisis kemampuan di kawasan itu,” katanya.

Tambah beliau, bagi menyokong agenda kerajaan memastikan bekalan rumah mampu milik yang konsisten bagi kategori B40 dan M40, syarikat telah melancarkan projek fasa 2 dan dijangka mendapat respon positif yang kukuh berasaskan harga yang rendah serta lokasi yang ideal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN