Kuala Lumpur destinasi kedua pilihan selepas Kuta - Airbnb - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur destinasi kedua pilihan selepas Kuta – Airbnb

kdnk
KDNK Malaysia dijangka berkembang di antara 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur menduduki tempat kedua destinasi paling tersohor di seluruh dunia pada suku ketiga selepas Kuta, Indonesia, sekali gus mendahului destinasi-destinasi pelancongan popular yang lain, menurut Airbnb.

Platform pasaran atas talian yang memfokuskan pada penginapan jangka pendek itu mendedahkan senarai 10 destinasi global paling tersohor pada suku tersebut yang merangkumi destinasi popular di seluruh Asia, Amerika Selatan dan Eropah.

Kuala Lumpur mendahului Itapema dan Angra dos Reis di Brazil yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Bangkok, Thailand; Sydney, Australia dan Singapura berada pada kedudukan kelima, keenam dan ketujuh, diikuti oleh Málaga, Sepanyol, Melbourne, Australia dan Pattaya, Thailand).

Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, pembukaan semula lebih banyak negara pada tahun ini telah mencetuskan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengembara antarabangsa.

Ujarnya, ini kerana mereka ingin berhubung semula dengan orang tersayang atau melawat kembali destinasi kegemaran mereka. 

“Amat mengujakan kerana Malaysia merupakan pilihan utama pengembara antarabangsa apabila perjalanan kian memulih, didorong pelbagai tawarannya yang luar biasa daripada alam semula jadi yang menakjubkan kepada budaya yang kaya dan makanan yang lazat,” katanya.

Menurut beliau, walaupun minat untuk melancong ke luar negara meningkat pada tahun ini, perjalanan domestik tetap popular dalam kalangan rakyat Malaysia. 

“Ipoh meraih tempat teratas sebagai destinasi pertama paling popular di Airbnb dalam kalangan rakyat Malaysia pada suku sama diikuti dengan Kuching, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Genting Highlands,” ujarnya.

Tambahnya, destinasi yang paling mendapat permintaan tinggi pada suku ketiga adalah pemandangan yang indah, bermain golf, kolam renang tepi pantai dan tropikal yang diukur melalui kategori Airbnb tertinggi di Malaysia mengikut median pendapatan.

Sementar itu, destinasi antarabangsa yang paling diminati dalam kalangan rakyat Malaysia pada suku tersebut adalah Bangkok, Thailand; Paris, Perancis; Melbourne, Australia; London, United Kingdom dan Seoul, Korea Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.