PETALING JAYA: Bijak, jujur, telus, rajin serta peka dengan isu semasa merupakan antara ciri-ciri yang diperlukan untuk pelantikan menteri dalam Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, individu yang dipilih haruslah seseorang yang berjiwa rakyat dan mendengar serta menganalisis keluhan semua pihak yang berkepentingan. Katanya, ciri-ciri tersebut haruslah disokong dengan kelayakan dan pengalaman dalam…










