JB Cocoa terbit Sukuk Wakalah bernilai RM100 juta - Utusan Malaysia

JB Cocoa terbit Sukuk Wakalah bernilai RM100 juta

Pengarah Eksekutif, JB Foods Limited, Goh Lee Beng; Ketua Pegawai Eksekutif, JB Foods Limited, Tey How Keong; Naib Presiden Kanan Perbankan Komersial-Wilayah, AmBank (M) Berhad, Chua Bang Lee; Naib Presiden Kanan, Perbankan Komersial-Selatan 1, AmBank (M) Berhad, Ng Pix-Xie dan Pengurus Kanan, Perbankan Komersial-Selatan 1, AmBank (M) Berhad, Lim Ai Lee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan AmBank, JB Cocoa Sdn Bhd (JB Cocoa), anak syarikat milik penuh JB Foods Limited (JB Foods) berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya bernilai RM100 juta.

Sukuk itu diterbitkan di bawah program perantara Islam nota bertempohnya (Sukuk Wakalah) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar (Program Sukuk Wakalah).

Program Sukuk Wakalah tersebut dijamin oleh JB Foods dan telah diberikan penarafan akhir A+ IS dengan tinjauan yang stabil oleh MARC Ratings Berhad.

AmInvestment Bank Berhad ialah penasihat utama, pengatur utama dan pengurus utama dan AmBank Islamic Berhad ialah penasihat syariah untuk Program Sukuk Wakalah.

Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan, AmBank Group, Christopher Yap berkata, JB Cocoa menjadi pelanggan kumpulan selama 12 tahun dan pihaknya gembira dengan peluang untuk menyokong syarikat itu dalam mempelbagaikan keperluan pengumpulan dana dengan memanfaatkan pasaran modal.

“Rekod kewangan dan prestasi syarikat yang kukuh akan memastikan mereka berada dalam kedudukan yang baik dalam fasa seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

JB Foods yang merupakan syarikat yang disenaraikan di Singapore Exchange dan anak syarikatnya adalah satu daripada pengeluar bahan koko utama di dunia. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JB Foods, Tey How Keong berkata, pihaknya gembira kerana berjaya mengeluarkan tranche pertama sebanyak RM100 juta daripada Program Sukuk Wakalah untuk pengembangan perniagaan walaupun persekitaran ekonomi semasa yang mencabar.

“Komitmen dan bimbingan yang kami terima daripada AmInvestment Bank dan pasukan Perniagaan Perbankan AmBank yang telah bekerjasama rapat dengan kami dalam program ini telah menjadi salah satu penyumbang kejayaan utama dan membuktikan tahap profesionalisme kumpulan yang tinggi.” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya