BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun RELA ke-50 - Utusan Malaysia

BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun RELA ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ke-50.

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan duit syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Katanya, duit syiling perak sterling diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5, mempunyai berat 31 gram dan nilai muka sebanyak RM10 dan akan dijual pada harga RM275 sekeping. 

Duit syiling emas Nordic Brilliant Uncirculated pula mempunyai berat 8.5 gram serta diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. 

Tambahnya, duit syiling perak sterling dan duit syiling emas Nordic Brilliant Uncirculated masing-masing ditempa sebanyak 1,000 dan 5,000 keping

“Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk set 2 dalam 1 untuk jualan pada harga RM330. Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic dan sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian.

“Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic,” katanya di sini hari ini.

BNM berkata, orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai pukul 10 pagi Jumaat, 23 Disember 2022 hingga 11 malam Ahad, 8 Januari 2023.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. 

“Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya