204 pesawat AirAsia beroperasi pada 2023 - Utusan Malaysia

204 pesawat AirAsia beroperasi pada 2023

TONY FERNANDES (dua dari kanan) memotong kek sempena ulang tahun ke-21 AirAsia pada majlis menandatangani perjanjian dan pengumuman rasmi AirAsia Cambodia di Hotel Rosewood, Phnom Penh di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Capital A Berhad menjangkakan pertumbuhan positif pada tahun hadapan didorong pengembalian operasi sebanyak 204 pesawatnya pada separuh pertama 2023 yang sebelum ini terjejas akibat pandemik Covid-19. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tahun hadapan akan menyaksikan pengoperasian semula dan pertumbuhan dijangka dapat dilihat pada separuh kedua tahun depan. 

“Tiga tahun yang lalu adalah untuk survival dan kami tidak bercakap tentang pertumbuhan pada 2022.

“Pada separuh pertama 2023 kami akan mengembalikan operasi 204 pesawat dan separuh kedua syarikat akan mula berkembang. Oleh itu, hari ini ada hari yang bermakna bagi saya,” katanya majlis menandatangani perjanjian dan pengumuman rasmi AirAsia Cambodia di Hotel Rosewood di sini hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga terus mengambil dan melatih kakitangan baharu termasuk kadet pilot. 

“Saya gembira bila melihat kita sudah melatih juruterbang pilot baharu. Saya gembira bila melihat kita melatih orang-orang muda,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai ramalan kemelesetan ekonomi pada tahun depan, beliau berkata, pihaknya tidak risau mengenai perkara tersebut. 

“Apabila berlaku kemelesetan, orang akan masih memilih untuk melancong berbanding dengan membeli-belah. 

“Mereka juga akan memilih penerbangan tambang rendah untuk berbuat demikian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya