PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan kerjasama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengeluarkan set koleksi setem pos Piala Malaysia sebagai penghormatan kepada kelab-kelab MFL yang mengambil bahagian dan mempamerkan pemain terpilih dalam Piala Malaysia 2022. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, sebagai rakan logistik MPL, pihaknya teruja dengan pengeluaran set folder Setem Ku edisi terhad ini sebagai memorabilia untuk peminat bola sepak tempatan dan pengumpul…










