PETALING JAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 597 kematian akibat Covid-19 pada suku tahun ketiga 2022, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Jumlah itu bagaimanapun menurun berbanding 21,104 kematian yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya, jelas laporan berkenaan. Menurut DOSM, kematian disebabkan Covid-19 menyumbang 1.2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian bagi suku dilaporkan, dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi dengan 131 kematian, manakala tiada kematian direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan. “Sejumlah 50,276 kematian…