CBP tawar hadiah lebih RM65,000 menerusi kempen 11.11

CBP tawar hadiah lebih RM65,000 menerusi kempen 11.11

Orang ramai berpeluang menerima pelbagai hadiah menarik sempena promosi 11.11 Co-opbank Pertama (CBP) bermula 1 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah lebih daripada RM65,000 menerusi kempen 11.11. bermula dari 1 hingga 30 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, promosi 11.11 itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan CBP menerusi promosi sama yang diadakan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, untuk promosi kali ini, CBP menyasarkan pelanggan baharu terutama wanita yang mendapatkan Pembiayaan Peribadi-i di CBP.

“Hadiah utama yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy Tab A dan berupakan baucer barangan kemas yang boleh ditebus di kedai barangan kemas terpilih.

“Untuk melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan ini, ia mestilah permohonan baharu yang diterima dalam bulan November dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh CBP,” katanya dalam kenyataan.

Khairil Anuar berkata, CBP menawarkan pelbagai produk perbankan yang diperlukan oleh masyarakat dan dengan adanya promosi ini, ia mengembangkan lagi sasaran pelanggan.

Jelas beliau, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan peribadi atau pembiayaan-pembiayaan lain boleh berkunjung ke-29 cawangan CBP di seluruh negara sepanjang November ini.

“Selain pembiayaan peribadi, CBP turut menawarkan perkhidmatan kewangan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan koperasi dan korporat, Ar Rahnu dan takaful,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN