Bursa Malaysia goyah, ringgit susut 290 mata asas

Bursa Malaysia goyah, ringgit susut 290 mata asas

PELABUR dibimbangi akan meninggalkan Bursa Malaysia jika negara tidak stabil disebabkan krisis politik berpanjangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran ekuiti tempatan goyah pada hari pertama dagangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila jatuh lebih daripada 1 peratus.

Ia didorong oleh keputusan PRU15 yang pertama kali menyaksikan Parlimen tergantung selepas kerajaan gagal dibentuk, sekali gus mengejut para pelabur.

Pada pukul 9.12 pagi, FBM KLCI jatuh 1.22 peratus atau 17.74 mata kepada 1,431.58. Sebelum itu, indeks merosot ke paras terendah 1,434.55.

Antara saham yang mengalami kejatuhan ialah Petronas Dagangan Bhd., Carlsberg Brewery Malaysia Bhd., BLD Plantation Bhd., Genting Bhd., Hong Leong Financial Group Bhd., Genting Malaysia Bhd., Genting Plantations Bhd. dan Hengyuan Refining Company Bhd.

Menurut Hong Leong Investment Bank Research, kegagalan kerajaan dibentuk selepas pilihan raya ditambah dengan risiko politik, KLCI berkemungkinan akan mengalami jualan besar-besaran hari ini.

Keputusan PRU15 turut menjejaskan ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, melanjutkan aliran menurun minggu lalu.

Menurut penganalisis, perkembangan PRU15 menggoyahkan keyakinan para pelabur.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi ini, mata wang tempatan itu susut 290 mata asas (bps) kepada 4.5780/5880 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis lalu pada 4.5490/5565.

Pasaran ditutup pada Jumaat lalu bagi membolehkan pengundi membuang undi pada PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya