BNM lancar Program Penghijauan Rantaian Nilai

BNM lancar Program Penghijauan Rantaian Nilai

NOR SHAMSIAH MOHD. YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan dan rakan kongsi strategik telah melancarkan Program Penghijauan Rantaian Nilai (GVC) bersempena Hari Kewangan di Persidangan Perubahan Iklim (COP-27) di Mesir.

Menurut BNM, GVC bermatlamat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia melaksanakan perubahan yang berimpak dan berjangka panjang bagi menghijaukan operasi mereka.

Jelasnya, ia dicapai melalui penawaran khidmat nasihat teknikal oleh organisasi terlibat serta pembiayaan untuk peralihan daripada Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF).

“Program GVC ini menggunakan pendekatan mudah cara campuran terdiri daripada latihan teknikal dan diagnosis di premis operasi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, Malaysia merupakan negara pengeksport.

Kata beliau, kebanyakan PKS Malaysia yang menjadi sebahagian daruipada rantaian bekalan global perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dasar oleh rakan perdagangan Malaysia untuk kekal berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global.

“Hal ini termasuk menangani pelepasan rantaian nilai supaya seiring dengan sasaran global ke arah sifar karbon dan bersedia mematuhi dasar yang mungkin dilaksanakan oleh rakan perdagangan Malaysia.

“Program GVC merupakan satu langkah dalam usaha membantu PKS melakukan peralihan penting ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN